Pelaburan adalah salah satu daripada perkara yang wajib setiap individu dewasa mahiri. Hal ini kerana ia akan dapat membantu anda merancang kewangan dengan lebih baik bagi pelbagai tujuan. Terdapat banyak sebab untuk melabur, namun persoalannya adalah, di mana sumber yang sah untuk mendapatkan ilmu yang baik berkaitan dengan perancangan kewangan & pelaburan? Untuk pembaca yang berada di Malaysia, salah satu daripada sumber terbaik adalah di laman web Bijak Labur.
Bijak Labur & VI College: Sejarah Penubuhan
Bijak Labur sebenarnya adalah satu inisiatif daripada sebuah institusi pendidikan kewangan yang sah iaitu VI College. Institusi ini mula ditubuhkan pada tahun 2008 oleh pengasasnya, yang mana salah seorang daripada individu tersebut adalah Ken Chee. Pada asalnya, akademi ini dikenali sebagai Value Investing College, atau singkatannya adalah “VIC”. Kemudian pada tahun 2012, VIC Malaysia mula ditubuhkan dengan rakan strategik Ken, iaitu Gary Yeow. Dari sini, VIC berkembang untuk meneraju pendidikan kewangan melalui program-program berkaitan pelaburan, sama ada menggunakan kemahiran jurulatihnya sendiri dalam program berkaitan pelaburan saham, mahupun program kemahiran lain seperti pelaburan hartanah, pengurusan kewangan dan banyak lagi melalui kerjasama dengan pakar-pakar yang bertauliah di dalam Malaysia.
VIC secara rasminya menukar nama kepada VI College pada tahun 2020, yang dihebahkan kepada komunitinya pada Value Investing Summit 2020 pada bulan Januari 2020, beberapa bulan sebelum PKP dijalankan di Malaysia oleh kerana penularan virus COVID-19.
Inisiatif Bijak Labur
Pada tahun 2019, VIC mula menjalankan program pendidikan pelaburan yang berfokuskan pelaburan patuh Syariah di atas kehendak pelajar-pelajarnya. Kini, terdapat pelbagai program yang dijalankan untuk pelabur yang mementingkan kepatuhan Syariah di dalam pelaburan. Tidak cukup dengan program yang dijalankan secara tertutup, VI College akhirnya berganding bahu dengan Astro Awani pada tahun 2021, salah satu daripada penyiar televisyen terkemuka di Malaysia untuk menjalankan mini-series pendidikan ilmu pelaburan melalui arus media perdana kepada khalayak ramai.
Hari ini, inisiatif ini mula diperkembangkan melalui pelbagai saluran media, termasuklah saluran popular masa kini iaitu media sosial. Sesiapa yang ingin meningkatkan ilmu pelaburan cuma perlu mengikuti content-content yang dibuat oleh VI College melalui siri Bijak Labur di dalam YouTube, TikTok, dan juga Facebook.
Laman Web Bijak Labur
Pada bulan Mei 2022, insiatif ini telah diperkembangkan lagi dengan pelancaran laman web rasmi Bijak Labur, iaitu bijaklabur.com. Ianya mengumpulkan artikel-artikel yang berkongsikan banyak ilmu asas tentang pelaburan dan pengurusan kewangan kepada sesiapa sahaja yang berminat. Apa yang menariknya juga adalah, pada hari ini siri Bijak Labur tidak lagi mengehadkan topiknya kepada pelaburan saham. Sebaliknya, ia juga merangkumi pelbagai aspek dan instrumen pelaburan, termasuklah hartanah, kripto, dan banyak lagi.
Kesimpulan
Sekiranya anda adalah seorang yang sedang tercari-cari sumber ilmu yang sah, anda boleh mengikuti laman web serta media sosial Bijak Labur untuk mendapatkan ilmu asas yang akan membantu anda menjadi pelabur yang lebih baik.
Semoga perkongsian artikel ini bermanfaat, terima kasih.